Wednesday 25 April 2012

benarkah kurma banyak kelebihannya????

Seringkali kita dengari kurma banyak kelebihannya...antaranya ialah buah kurma merupakan makanan yang cepat diproses sebagai bekalan tenaga kerana kurma mengandungi gula glukosa dan fruktosa. 







 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. 
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:
" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. 

untuk selanjutnya boleh la layari....






Monday 23 April 2012

Tidak digalakkan kepada pesakit diabetes

Tahukah kamu buah-buahan banyak khasiatnya tetapi ada setengah buah yang tidak digalakkan untuk memakannya.....




Pelbagai jenis penyakit yang dihadapi zaman sekarang dan paling ramai yang dialami ialah penyakit diabetes...antara buah-buahan yang tidak digalakkan kepada mereka yang berpenyakit ini ialah pisang,dukun,durian. Ini adalah antara buahan yang dipanggil "berbisa" kepada pesakit diabetes.
    Menurut pendapat Dr Buana Zainudin yang merupakan doktor yang merawat pesakit diabetes kronik berkata, "pada dasarnya buah-buahan selamat untuk dimakan cuma sekarang kuantiti dan kualitinya jarang ditanam secara organik."
   "mesti menggunakan baja kimia dan racun serangga untuk menjadikan buah menjadi besar, rangup."
    "pilih buah-buahan organik yang menggunakan baja organik yang tidak menggunakan bahan kimia." kata beliau ketika ditemui.

pisang lemak manis

pisang berangan

pisang emas